Wednesday, April 8, 2015

AKTIVITI MAC 2015: PENYERAHAN LAPORAN TAHUNAN DAN KEWANGAN PKPI TNB MUADZAM SHAH TAHUN 2014

Lokasi : Pejabat ROS Kuantan (31 Mac 2015)
Ahli Terlibat : En. Mohamad Shari B. Kadir (SU PKPI)
Penyerahan Laporan Tahunan & Kewangan PKPI Muadzam Shah untuk tahun 2014 kepada Penolong Pengarah Pertubuhan Pendaftaran Kuantan Pahang


AKTIVITI MAC 2015: PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA AHLI ATAU ISTERI AHLI PKPI YANG BERSALIN

Lokasi : Desa Bidara (24 Mac 2015)
Staf Terlibat : En. Mohd Noor Bin Mohd Arif
Kehadiran AJK PKPI TNB Muadzam Shah
Penyampaian hamper oleh ahli-ahli PKPI TNB Muadzam Shah dari Unit Logistik TNB



AKTIVITI MAC 2015: MESYUARAT AGONG KALI-2 PKPI TNB MUADZAM SHAH, PAHANG

Lokasi : Dewan Serbaguna UNITEN KSHAS Tarikh : 12 Mac 2015(Khamis)
Masa : 10.00 Pagi
Majlis ini dimulakan dengan sesi pendaftaran Ahli-Ahli PKPI dan Pendaftaran  ahli baru. Majlis bermula jam 10.00 pagi setelah kehadiran YDP PKPI TNB Muadzam Shah dan TNC UNITEN KSHAS




Acara dimulakan dengan  bacaan Al-Quran oleh Qari jemputan dari Pejabat Agama Pahang, Al Fadhil Ust. Afif Aisar Bin Ahmad dan ucapan aluan dari YDP PKPI  TNB Muadzam Shah
Dato' Dr. Sha'ari Bin Md.Nor.  Seterusnya majlis dirasmikan oleh TNC UNITEN KSHAS Prof. Dr. Mohd. Zamri Yusoff, DJN




 Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah dan sumbangan kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan dan ahli-ahli PKPI yang bersalin, berkahwin dan ditimpa musibah.











Selesai majlis penyampaian anugerah, mesyuarat agung kali ke 2  diteruskan dengan pembentangan laporan aktiviti oleh setiausaha Agong PKPI, En Shari B. Kadir, seterusnya Bendahari PKPI,  Puan Rahayu Bt Bakar untuk laporan kewangan

Pelantikan YDP dan AJK Baru untuk sesi 2015-2017 TNC UNITEN KSHAS  Prof. Dr. Mohd. Zamri Yusoff, DJN telah dilantik sebagai YDP baru.





CARTA ORGANISASI PKPI TNB MUADZAM SHAH 
TAHUN 2015-17

Selesai Mesyuarat Agung PKPI, telah diadakan acara cabutan ahli bertuah dan disusuli dengan sesi bergambar sebagai kenangan bersama  barisan AJK Baru dan lama  PKPI Muadzam Shah.